Semalam demi melonggarkan semula urat-urat stress gua akibat tekanan seminggu dengan isu pendaftaran kursus gua yang tak sudah-sudah. Gua telah keluar bersama dua orang nona manis clasmate gua. Kitaorang ke panggung TGV Cheras Selatan atau lebih popular dikalangan bebudak Uni gua dengan nama Jaya Jusco Balakong. Gua asalnya tak plan nak tengok Raya Tak Jadi. Tapi akibat pengaruh brader penjual tiket yang macam taiko penjual cd cetak rompak. Gua terhasut untuk menonton cerita ni. Dia cakap cerita ni terbaek, dia usha tengok masa dia jaga panggung dia kata. Banyak gelak ini cerita kata dia. Gua budak biasa mudah tertipu dengan kata-kata orang terus memilih cerita Raya Tak Jadi sebagai satu movie untuk melepaskan andrenalin gua yang lama tak lepas akibat stress melampau.
Gua masuk panggung lewat 15 minit. Gua ingat waktu tayangan 240 petang, usha balik tiket sekali 1.15 petang. Mujur gua sempat masuk dalam pukul 1.30 petang. Masuk panggung lihat ramai jugak yang menonton cerita ni. Baguih depa sokong cerita Razak Mohaideen ni. Gua sendiri sebenarnya tak minat cerita Razak ni, gua kurang gemar menonton cerita dia sebab Mami Jarum cukuplah buat gua kurang gemar cerita dia. Penangan cerita dia sampai gua ni rasa takmau ada awek orang Penang. Mujur kawan-kawan gua ada orang Penang, depa sendiri cakap cerita memalukan depa dan gua mula tarik balik pandangan tak baik gua terhadap orang Penang. .ish ish.
credit to Bharian
Gua layan cerita ni pun sebab gua suka giler kat lawak Johan. Tapi harapan gua meleset kot, ternyata cerita ni mengharapkan Saiful Apek dan Johan semata-mata untuk mengangkat cerita ni. Cerita agak longgar dan jalan ceritanya mudah duga . Tapi gua tak kecewa sangat la sebab lawak dalam cerita ni ok. Korang nak tengok Mr Romeo Malaysia Datuk Jalaludin Hassan hisap botol susu dan berpakaian ala baby korang wajib tengok cerita ni. Gua salute Datuk Jalal sebab berani membawa watak tersebut. Tapi gua pelik la dan menyampah la, kenapa semua filem Razak Mohaideen ni mesti dia nak jugak terselit dalam scene cerita. Gian nak berlakon ke ape? Adik dia pun ada, asyik masuk scene di kedai makan. Baik kedai makan kat kampung mahupun kat bandar. Apa ko ni superman ke, berada di mana-mana. Next time kalau nak guna extra boleh panggil gua meh. Takyah ko je nak berlakon. Hahaha
Secara keseluruhannya gua rasa cerita ni okla, tapi gua pelik camne gua boleh dua kali tertido. Tapi gua terjaga balik sebab dengar orang gelak. Cerita ni sebenarnya okla, dikuatkan dengan pelawak yang hot buat masa ni yang mampu menarik penonton untuk turun ke panggung. Anyway ni pendapat gua, gua bukan pengkritik filem. Ni semua pendapat peribadi. Filem ni gua bagi 3 bintang dari 5 la. Papepun tahniah Dr Razak Mohaideen sebab ko telah berjaya menarik minat gua menonton balik filem ko. Tapi next time gua akan analysis baik-baik before turun panggung. Ok guys, papepun supportlah filem tempatan yang berkualiti. Susah nak jumpa filem yang perfect kat Malaysia ni sebab semua filem dihasilkan mengikut trend penonton semasa. Gua rasa korang semua paham kan apa gua cuba sampaikan. Kalau ada pendapat atau pape sila lontarkan di ruang komen di bawah. Adios kawan-kawan maya sekalian. Ushar trailer kat bawah ni. Lawak..haahaha



kureng sikit ek?? aku pun dah mula suspek sikit la…. lagipun aku bukak kaki wayang..hehe… apepun terima kasih dah review cerita nih sikit…
zik punya entri terbaru..Helpful Hints For Setting Up Your Cordless Speakers
aah..kureng skit..sebenar nak komen teknik kamera dalam entri ni..tapi takut ramai hentam aku nanti..haha..aku bukan cameraman bertauliah pun
Kureng = budget tak cukup la tu!

anif punya entri terbaru..Malaysia’s David Beckham! – Safee Sali
haha..betul2..wrap film ni..tengok sangat teknik dia pun kurang..scene transaction pun macam zaman sekolah punya video..ish2
ak nk komen pe ek ?? hehe
okie2…ko tkde blog lagi ke..just nak try function komen tu jadi tak dengan blogspot user..
ada, tapi x aktif … huhu
haha, salute ko der…
ramai tak suka cite si razak moheidin ni..setakat buat layan kepala saja boleh la..
pandai dia amik pelakon2 hebat noh.
syahrilhafiz punya entri terbaru..Infografik : 15 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Angkasa Lepas
haha..aku satu filem ni jela aku layan..pasni takdenye nak layan..terkena lagi..mujur johan pelakon dia..kalau tidak..hmm..jangan harap
huhu..kena tengok gak. ada johan tu..
titan punya entri terbaru..Cek ke 4 dari Churpchurp
tengok jangan tak tengok..
aku rase la tak patut dok kutuk je org tua razak tu. aku rase, filem dia yg tak bes ade la 3-4…yang best banyak skit kot?…memang anak mami, mami jarum, nana tanjung dan semue cite slang utara dia hancor. tapi yg gile bab box office lagi banyak kot… kesian lak org tua ni pasal nila setitik rosak sebelanga, buat baik banyak kali org tak tengok, buat jahat sekali, org kate sampai bila bila. common sense.
aku mula pun same gak tak telintas nak tengok cite raya tak jadi sebb org tua razak, tapi bile mak aku nak sangat tengok. maka terzebak zuk zebinski ke panggung. OK la dari hantu bonceng…tapi hantu bonceng lagi ok pada karipap cinta sebab gambit…hehehe
tapi sejak dua menjak ni, aku rasa patut suppor la filem malaysia
yerp..kena support filem kita..huhu..tapi aku macam kenal ayat terzebak smua tu..apa ko dari upm jugak ke?haha..
Best atau tak, janji kia support filem tempatan…btl x bro?


ahmad kamil punya entri terbaru..HARI AHAD YANG MALANG…….
betul2..aku tengok pun sebab support filem malaysia..kalau tidak..jangan harap perhabis duit rm9..haha..1st day tayang aku dah tengok…
Tak berminat nak tengok
Tunggu keluar kat Youtube je lah kita layan yedok?
Izza punya entri terbaru..Masak ke Makan Luar ?
hoho..nanti leh tengok dengan cik abang kan..hehe..
btw lagi best tengok edisi khas..JOHAN terbaek…hope dia menang pelawak popular nanti