
Semalam aku berkesempatan menghadiri majlis pratonton Hantu Dalam Botol Kicap. Tahniah buat MIG Online kerana pratonton kali ini memang ramai giler yang hadir. Aku datang pun sebab member bagi tiket percuma sebab ganti orang dan ini kali pertama aku dapat pergi pratonton movie terbaru. Duduk seline dengan blogger popular tapi sorry la kawan-kawan. Aku bukan taknak tegur, tapi segan. Aku pun hadir dengan kawan-kawan UPM yang menyokong member kami yang menang Playbook tu.
Berbalik pada Review Hantu Dalam Botol Kicap. Aku rasa sinopsis dan trailer korang boleh google dengan sendiri. Aku straight pada pandangan peribadi aku selepas menonton filem ini.
1. Filem ini sesuai untuk tatapan semua. Tapi untuk filem macam ni, korang kena kosongkan minda dan anggap ini filem komedi seram. Kalau Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah korang boleh terima. Aku yakin Hantu dalam Botol Kicap pun korang boleh terima kerana genre dan jenis filem yang sama.

2. Walaupun dibarisi pelakon-pelakon baru, tapi mereka semua berjaya membawa watak yang diberi. Aku serius suka tengok lakonan Zalif Sidek yang membawa watak Epui. Watak budak-budak dia memang menjadi walaupun dalam Papa I Love You dia berlakon jadi bapak. Selain dari itu, pelakon-pelakon lain seperti Wawa Zainal, Mikael Andre, Mon Ryanti dan Epy Raja Lawak juga berjaya membawa watak mereka.

3. Jalan cerita dia agak menarik. Diselang seli dengan lawak mencuit hati, serius satu panggung gelak semalam. Tapi aku dengar Angah si Hantu botol Kicap pun gelak kuat semalam. Hahaha. Jalan cerita menarik sehingga pertengahan filem. Tetapi penghujung dia agak perlahan dan karut sedikit. Tapi macam aku cakap tadi. Kalau Zombie Kampung Pisang mengarut korang boleh terima. Karutan filem ini pun korang kena terima. Tapi serius, cerita ni memang lawak.
Seperti biasa aku nyatakan sedikit je, aku bukan ditauliahkan untuk membuat komen kualiti filem. Aku hanya seorang penonton yang mencari kepuasan dalam menonton. Ini sahaja pandangan peribadi aku. Untuk gambar-gambar sepanjang majlis semalam korang boleh usha kat MIG Online atau blog Metrowealthpictures

Akhir sekali terima kasih buat MIG Online kerana menjemput kami. Next time jemputlah lagi ye. Filem ini akan keluar esok iaitu 9 Februari 2012. Jadi bagi yang berkesempatan silalah turun ke panggung menyaksikannya..
-adios-
ps – David Teo memang legend. Dia cakap je orang gelak


suke dengan Maimon Tali.. hehehe.. eh review cam pendek je

razfira punya entri terbaru..Jalan-Jalan Di Bangkok
yep..pendek je..pnjang2 nanti terkomen benda tak patut..hehe..
lagipun nak penonton tengok sendiri..nilai sendiri..huhu…
sekrang dah jadi satu trend citer hantu…tak kire citer kat tv dan movie..pelik2
dinsblog punya entri terbaru..Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 15 peratus
yerp..tula..menunggu filem bergenre lain dr pengarah baru macam syamsul n piere andre jela..pengarah baru idea pun fresh..
Sekarang ni banyak filem tajuk pelik-pelik kan? Hehehe

Harfiz@Bizstudent punya entri terbaru..6 Themes Menarik Windows 7 – Download Percuma
baca tajuk filem dia pon dah klakar… hik2

KL@n@ punya entri terbaru..Makanan Johor – Sekali Rasa Pasti Nak Lagi
yerp..klakar tu..
segal gile cerita ni